Hari ini terjebak dengan penulisan blog, sejak terlibat dgn promote barang di go.....,
Dah try pressure cooker, ceramic set, dah keluarkan macam menu-menu pun tak pulak teringat nak share kan, rugi-rugi.. Dah beli barang tapi tak tau nak guna. Last2 ampa simpan barang tu bawah katil ja. Meh kita tulis review sikit, kelebihan pressure cooker yang chef dah try
No. 1 ASD pressure cooker.
Haha, maafkan gambar diatas, almaklum la gambar edit, suka sangat pressure cooker ni sebab capacity dia 8L, bayangkan masak nasi 9 pot tak penuh-penuh. Dah la cepat ja 12 minit dah siap, yang best lagi ada button function sebagai guideline.
Nasi berapa minit, soup, bubur, ikan, ayam, daging dan macam-macam lagi la, satu pressure cooker pun dah boleh masak macam-macam, kiranya multifunction la. Korang nak buat kari atau nasi beriani nak tumis-tumis dalam ni, ha silakan sebab pressure cooker ni boleh digunakan untuk menumis dan memasak tanpa tutup cover dia. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan penutupnya tidak dapat dibuka selagi wap tak lepas habis. Selamatkan tak meletup aih kat muka ampa. Yang paling chef suka harga dia murah berbanding jenama-jenama lain. Ada yang sanggup sampai nak main kutu beli pressure cooker, yang ni 2 kali gaji pun dah lepas nak beli. Cer check harga dia Rm 299 sekali free gift, berbaloi la tu.
Nasi daging utara
Kurma daging
Rendang daging
Daging masak hitam
Masak lemak perut
Kari ayam
Sup ayam(1.5kg/ekor) 3 ekor 😅😅 nala punya besaq periuk dia👌
Siakap steam ala thai
Asam pedas pari
Kek marble
Bubur pulut hitam
Bubur lambuk
Chef boleh jamin masak daging boleh jadi lembuk dan empuk. Kalau bahagian yg liat-liat sikit guna function bean/tendon lembut terus. Bubur pulut hitam tak payah susah2-susah nak rendam, basuh dan masukkan dengan air dan bahan-bahan lain guna function bean/tendon.
Sesuai jugak untuk buat laksa bagi orang malas, malas nak keluarkan isi ikan dari tulang, korang masak isi ikan guna function bean/tendon tulang jadi lembut, ha😉 blend semua sekali.
*ps: habaq siap-siap button function dia sebagai guideline ja, kalau nak buat bubuq lambuk guna function bean/tendon kalau pakai poridge beras tak hancur habis,tak sedap la kan tak macam kita makan time bulan puasa tu, uih teringat bubuq lambuk masjid bayan baru sedap betoi, beratuq panjang pun sanggup. Satu lagi nak pesan kalau nak buat bubur kacang hijau function bean/tendon tak sesuai digunakan sebab kacang tu jadi sangat hancur jadi boleh try pakai function poridge.
Sekian wassalam, gambar makanan tak ada sebab dah selamat masuk perut crew-crew haha.