Hai teringin nak guna Air Fryer sebab orang cakap boleh kurus sebab tak pakai minyak untuk masak makanan, betul ke?
Almaklum la makin berumur, malas bersenam perut pun ke depan. Akhirnya kalah jugak dengan godaan Air Fryer Haier di Go shop
Mula-mula bukak kotak berkenan terus, bentuknya sangat exclusive, hitam compact menarik dan tertarik. Guna elektrik untuk menghasilkan udara panas untuk memasak, boleh dikatakan product friendly environment, tidak menggunakan minyak masak langsung atau boleh hanya dalam kuantiti yang sedikit.

Produk ini juga boleh dikatakan child friendly sebab tidak merbahaya, tetapi pastikan penggunaan dibawah selian orang dewasa. Cara guna yang mudah, semudah tarik, masuk makanan, tolak, set suhu dan timer, tunggu ja. Air fryer juga akan auto off sekiranya basket ditarik keluar.
Ruang basketnya 2.5L juga sangat besar. Basket non-sticks dan mudah dibuka untuk dicuci.
Sesuai untuk semua jenis masakan. Sama ada nak steam, fried, baked, grilled dan preheat. Jangan tak tahu air fryer ini boleh juga digunakan untuk buat kek tau.
Sesuai sangat la dengan orang macam chef ni yang pagi keluar kerja, malam baru balik, balik rumah lapar la pulak. Boleh la beli atau simpan ja makanan frozen, masuk dalam air fryer set suhu set masa pergi buat keja lain dulu dah siap.
Contoh-contoh percubaan memasak.
Nanti chef kongsi setakat yg chef dah cuba, suhu dan timing sebagai rujukan sahaja, boleh try and error sendiri dekat rumah:-
- Otak Otak - preheat 180°C, 8min
- Pop Corn 200°C, 10-15min
- Ayam Tandorri - 160°C, 25min
- French Fries 180°C, 10-15min
- Nuggets 180°C, 10min
- Hashbrown 180°C, 10min
- Fish finger 180°C, 10min
- Aluminium Foil ikan Bakar - 180°C, 25min
- Ikan goreng 180°C, 10min
- Baked Chocolate Moist Cake - preheat 160°C, 30min
- Ayam panggang - 180°C, 45minit
- Popia dan karipap 180°C, 10-15min
- Donut 180°C, 8min
- Lamb chop 180°C, 10-15min
- Keropok lekor 180°C, 10-15min
Selamat mencuba.
*Haier ada sertakan sekali buku resepi
Kebanyakkan yang chef cuba, chef letak suhu 180°C dan adjust timing ja, chef tak risau sangat overcooked sebab basket dia boleh ditarik semasa masak, agak-agak masak off la.. Untuk garingkan makanan korang set suhu 200°C sekejap ja sampai nampak garing, senangkan.
Kalau kreatif macam-macam boleh masak.