Nasi tomato dengan La Gourmet Rice Cooker

June 16, 2021

 Hi Gais, apa khabar semua, macam mana  pembaca semua pkp belum berakhir dan di extend lagi, harap-harap sihat dan sentiasa di lindungi  yang Maha Esa, ingat ujian hidup tu untuk orang yang kuat..sah-sah la hampa semua kuatkan mental dan fizikal, takdak salahnya dengan hidup yang ala kadar janji semua cukup. 

Dulu selalu makan dekat restoran sekarang memasak untuk keluarga sendiri apa salahnya kan. Chef dengar satu ceramah tau dia kata, isteri yang memasak untuk suami makan ni pahala dia sama dengan pergi haji. Cewah, tak nak ka pahala macam pi haji. 

Ok sembang panjang takmau..mai chef kongsi resepi nasi tomato, ha sedap dak..tak payah beli buat ja sendiri kat dapur janji bahan cukup:-

Resepi Nasi Tomato

 5 cup Beras Brasmati

2 helai Daun Pandan

2 Sb minyak sapi dan 3 Sb minyak masak, bergantung kat hampa tau nak letak minyak sapi semua ka atau nak campur minyak biasa

rempah 3 sekawan

1 batang kulit kayu manis

3 bentuk bunga lawang

4 biji buah pelaga

1 cawan susu sejat

1/2 tin  besar tomato puri, sebenarnya boleh agak-agak sampai color nasi tu merah.

3 Sb sos tomato

bahan kisar

2 bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

akar daun ketumbar, optional sahaja tak wajib, nak bagi nasi wangi.


Cara memasak

1. masukkan minyak sapi dan minyak biasa, tunggu sehingga panas.

2. Tumis bahan kisaran tadi sehingga wangi

3. masukkan rempah 3 sekawan

5. tomato puri dan sos tomato.

6. Letakkan beras dan kacau

7.Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan 1 beras : 1.5 cecair (air dan susu)

8. Tunggu sehingga masak.



Amacam, menarik tak boleh la cuba nanti tak susah pun, nasi tomato ni masak dia.

Untuk masak merah, chef nak resepi sesuatu yang menarik, next entry ya










 

You Might Also Like

0 Comments