La Gourmet Mega 2.8L Rice Cooker

January 18, 2021

 Hai gais..!!😎

Lama sangat tak menulis apa-apa entry kat blog nie, maaf lah sibuk sikit cuba nak sesuaikan diri dengan norma baru yang boleh dikatakan haru biru jugak la sekarang ni sejak pendemik virus Covid-19 melanda negara kita.

Dah tentu sajalah orang-orang dari line F&B ni sangat terkesan tak kira la sama ada di restoran, hotel, central kitchen, kantin sekolah, kilang, international school, katering dan sebagainya..haihh.. banyak sangat nak senaraikan..😅  

Ada yang masih ada kerja tapi gaji kena potong ikut jam, ada yang unpaid leave, ada juga yang dapat pampasan dan dah mula berniaga kecil kecilan. 

Chef ucapkan selamat maju jaya, mungkin ada hikmah yang tuhan aturkan untuk kita semua..Insyaallah skill memasak yang kita ada tu sangat berguna tak kira lah di mana pun kita bermula, hatta di tepi jalan pun kalau sedap dan ikhlas mesti orang cari. Kita sama2 berdoa sajalah supaya keadaan akan pulih balik secepat mungkin.

Cewahh..banyak pulak chef ni melalut..dah dah mai sini abam abam dan hakak hakak... chef nak story sikit nih..

Haa..suatu hari..chef dok tengah nak masak nasi, rice cooker dan dan lah buat hal..tengah tengah masak nasik tu..tup tup..nasik dah hangit..dah jadi macam tu..mood chef nak memasak pun jadi terbantut la..apalagi.. terpaksa lah chef call foodpanda sajalah...😁

Sambil sambil dok tunggu foodpanda sampai..chef pun survey la rice cooker baru.. belek punya belek terus berkenan dengan satu produk baru iaitu

 Rice Cooker La Gourmet.

Tak tau la nak habaq macam mana..dalam banyak-banyak rice cooker..awat la boleh berkenan dengan yang nie,..Ok sat..mai sini  Chef habaq satu persatu..

Sebab sebabnya :

1. Kapasiti - Untuk keluarga kecik macam Chef ni tak la memerlukan periuk yang besar pun sampai 2.8L, tapi kalau sedara mara mai rumah, seronok guna periuk ni besaq. Oh ya dekat manual  tulis boleh masak sampai 16 cawan beras, ni chef belum try, ampa try la dulu tengok betui dak

2. Reka bentuk - Chef memang suka patern periuk macam zaman-zaman old skool dulu ala zaman rice cooker National yang famous. 

3. Penutup kaca - syok oo..boleh tengok nasi tengah masak, tambah2 kalau kita buat nasi tomato, nasi beriani atau nasi arab..cantik ja tengok dari luar.

4. Non-stick Steaming basket- yang ni chef suka sebab besi bukan plastik dan boleh letak di atas periuk, bukan didalam seperti kebanyakan rice cooker yang lain, jadi dia tak ganggu capacity rice cooker, dan basket dia boleh tahan tinggi jugak, jadi siapa2 nak steam pau ka, takdak la pau korang terpenyek kena penutupnya dan yang paling penting see through glass lid. 

5. Non stick inner pot - ni sangat pentingkan supaya tak perlu menggonyoh dan nasi pun tak berkerak teruk.

6. Buku resepi - hat ni yang paling berkenan dengan La Gourmet sebab dia rajin provide buku resepi, ada lapan resepi dalam buku tu dari kek, pulut kuning dan pelbagai jenis nasi, ampa try la satu-satu.

Dan last but not lease, tu dia speaking no, waranty dia setahun, berbaloi kan.

Harga dia tak mahai pun, setakat chef guna memang sangat puas hati.

Chef dah cuba try test masak nasi tomato dengan rice cooker ni dan puas hati sangat la, next entry nanti chef akan share resepi.

Ps: nak pesan sebab inner potnya coating, jadi cara terbaik nak jaga ialah dengan membasuh beras di bekas lain sebelum korang masukkan kedalam periuk, jadi coating dia boleh tahan lebih lama dan elakkan sudip besi ya.

You Might Also Like

7 Comments

  1. Alhamdulilah... rindu nak baca blog. Ramai blogger yg sy follow x aktif lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa yer saiz penutup periuk ni?penutup periuk saya dah pecah..😭😭

      Delete
  2. Alhamdulilah... rindu nak baca blog. Ramai blogger yg sy follow x aktif lagi..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah... rindu nak baca blog. Ramai blogger yg sy follow x aktif lagi..

    ReplyDelete
  4. terima kasih, ada lagi yang sudi membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa saiz penutup kaca ni yer chef?penutup periuk saya dh pecah..😭😭

      Delete
  5. google nak check la gourmet rice cooker ni bagus ke tak ... terjumpa blog ni ... baru firm nak beli rice cooker ni

    ReplyDelete