Resepi Vantage 44cm : Bubur Kacang Durian

September 13, 2019


Bulan lepas gerai menjual durian tumbuh bagai cendawan selepas hujan, cewah pandai juga Chef guna peribahasa, menjadi sungguh durian tahun ni sana sini orang jual durian, rindu pulak nak makan durian Balik Pulau, almaklum lah sepanjang duduk Penang itulah durian yang menjadi santapan sekeluarga dari kecik. Nak tau port baik punya nak makan durian iaitu di Bukit Indah Jalan Balik Pulau, disamping makan durian, boleh minum air kelapa sambil menikmati permandangan pekan Balik Pulau.
Dari internet, macam ni ni ya meriah gerai durian di Bukit Indah



Nampak pekan Balik Pulau

Balik rumah isteri chef bagitau abang ipar nak bagi durian. Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang, dapat pulak free durian kampung yang abang ipar Chef ambik di Slim River, Perak. Di dusun durian kepunyaan sahabatnya, Chef pernah makan di KL ni, sekilo pun dah 8-10 ringgit. Baru makan beberapa biji dah 60 ringgit, kadang-kadang ada yang masam atau pahit, atau yang keras atau isi nipis sahaja. Ini dapat yang fresh dari dusun walla.




dah  kenyang makan lebihan pula simpan dalam bekas ice cream masuk dalam fridge.
Terfikir la pulak nak buat bubur kacang durian, feveret Chef nie jom kita tengok cara-cara buat bubur kacang durian.

BUBUR KACANG DURIAN

1kg kacang hijau
1ltr santan kotak
8 ulas durian
Gula putih dan garam secukup rasa
daun pandan

1kg kacang hijau direndam dan dimasak terlebih dahulu,

Chef short cut masuk pressure cooker set whole grain siap, tak payah rendam macam cara lama.

masak gula sehingga cair dengan daun pandan, baru masukkan kacang hijau, santan kotak tambah air, gula putih dan garam secukup rasa.
Akhir sekali selepas mendidih masukkan isi durian.

Sedia untuk dihidang.
sukatan diatas untuk periuk Vantage 44cm.

Elok-elok no durian kampung belah Perak

Seperiuk baq hang

You Might Also Like

1 Comments