Resepi Grenstone Woodz Wok 36cm : Nasi bujang

September 22, 2019

Hi Semua,

Hujung minggu, time public holiday dan semua ahli keluarga balik kampung. Tinggal Chef sorang-sorang membujang di rumah. Part bujang sorang-sorang kat rumah dan malas nak masak dah sinonim dengan semua orang termasuklah lelaki yang pandai masak, kalau boleh nak relaks main games, tengok tv atau tidur sahaja.

Macam mana hangpa layan Me Time korang?

 Apa aktiviti korang time Jadi hari hi Chef rajinkan diri buat nasi bujang. Nasi bujang ni apa ya, nasi bujang ni nasi kukus satu, sambal belacan dan gulai kawah dah ada cuma nak goreng ayam sahaja, jadi Chef ajarkan cara paling mudah nak buat ayam goreng ala kampung.


NASI BUJANG

Nasi putih
1 pot , beras yang direndam sejam
1 pot air
daun pandan

kukus nasi sehingga masak, kalau steam rack boleh kukus terus dalam rice cooker.




Ayam bujang
1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
500gm tepung gandum*
2tbs serbuk kari*
1 tbs serbuk chili*
1/2 lada putih*
garam secukup rasa*
chicken stock secukup rasa*
telur untuk mencelup ayam.
minyak masak untuk menggoreng

campur semua bahan bertanda *
ayam dicelup dengan telur sebelum digaul dengan bahan bertanda*
Setelah minyak panas goreng ayam tadi, perlahankan sedikit api supaya tepung tidak cepat hitam.

Setelah siap hidang nasi kukus, ayam goreng bujang dengan gulai kawah dan sambal belacan.



You Might Also Like

0 Comments