Resepi ASD Pressure Cooker : Spaghetti Bolognaise

September 10, 2019

Hei Semua,


Hari ni Chef cuti, dah seminggu bersilat di restoran sekarang masa kita nak relaks-relaks di rumah dengan isteri dan anak-anak. Dah ada masa ni kita masak untuk anak isteri pulak, ya la masakan pengikat kasih sayang, keluarga kenalah makan bersama kan baru bahagia jadi hari ni kita nak masak spaghetti bolognaise.

Pinterest from dashofsavory


Sebelum tu mai kita bercerita sikit  pasai spagheti ni, spaghetti ni termasuk dalam kumpulan pasta. Pasta berasal dari Itali dipercayai dibawa masuk oleh Marco Polo pada kurun ke 13 dari China. Pasta diperbuat dari tepung gandum, telur, minyak zaitun kalau perasan bahannya lebih kurang mee dari China. Pasta terdiri dari Penne, Linguine, Spaghetti, Angle hair, Lasagna dan banyak lagi lah, nama ni berdasarkan bentuknya, bahan asasnya sama ja. Pasta original Itali disediakan mengikut prinsip Tricolor warna pada bendera Itali iaitu hijau, putih dan merah. Actually semua makanan Itali ikut prinsip Tricolor ni, kalau korang tengok pizza original Itali pun macam tu jugak. Jadi kalau nak masak pasta pastikan bahan masakannya ada tiga warna ni. Warna ni pulak boleh didapati dari daun basil, cheese dan tomato


Tiga cara masakan pasta yang popular iaitu, aglio olio, tomato dan krim.

Ok tanpa membuang masa jom kita buat spaghetti bolognaise dengan menggunakan ASD Pressure Cooker.

SPAGHETTI BOLOGNAISE

Ayam atau daging cincang 500gm
Spagheti satu paket
Mozarella Cheese
Parmesan Cheese
3 ulas Bawang putih di cincang
2 labu Bawang Holland di cincang
1 batang carrot dicincang
Sedikit selery di cincang
1 tin sederhana kecil tomato puri
4 cawan air
2 tbs chicken stok
1 tbs lada sulah
garam dan gula secukup rasa
1/2 ts lada hitam
sedikit serbuk oregano

pilih function fast rice dan taste choose set pada 10 minit.

Tumis bawang putih, bawang Holland hingga naik bau.

Masukkan ayam cincang, boleh guna daging kalau suka kacau sehingga masak.

Masukkan carrot dan selery yang telah dicincang setelah hampir masak masukkan tomato puri dan air

Masukkan tomato puri dan air. garam gula, chicken stok, lada sulah dan dada hitam serta origano.

Patahkan kepada dua dan dan masukkan spagethi tadi tutup penutup periuk tunggu selama 6 minit.

Tumis bahan dan masukan semua bahan




 Spagheti selepas dibuka,


Spagheti yang dah siap.

Selepas siap boleh la nak dihias cantik cantik, spagheti ni ringkas ja dan tak  letak daun basil sebab ada yang tak suka.


You Might Also Like

0 Comments