Nasi kerabu kelantan

September 03, 2019

Jujur Chef cakap, masakkan pantai timur memang agak mencabar bagi chef yang berasal dari Penang ni, yalah..mana taknya.. tekak kita kan tak sama,tekak nasi kandaq😅 tapi dah nama pun tukang masak, kena lah cuba walaupun tak pandai, kalau dah beberapa kali cuba insyaallah berjaya jugak kan?😄

Seingat Chef beberapa kali saja Chef ke pantai timur ni.. itupun atas urusan kerja,.Kelantan antara juadah yang Chef suka ialah nasi kerabu dan akok. Uniknya nasi kerabu Kelantan ni sebab dia biru, warna biru tu pun diambil dari bunga telang yang direndam di dalam air panas.

Renyah ka buat nasi kerabu ni, 😂😂 boleh tahan la banyak jugak condiments dalam nasi kerabu ni..tapi semua bahan bahan dia sihat sihat blaka..patut la gewe gewe kat Kelantan ni semua lawa lawa dan slim slim saja😍. Orang Kelantan makan nasi kerabu ni waktu pagi bole..tengah hari boleh..malam pun boleh..pendek kata makanan ni boleh makan bila bila saja..almaklum la.. makanan sihat kan..

Segak, macam ni baru sihat lagi banyak color lagi bagus

Meh Chef share resepi

NASI KERABU KELANTAN


1.Nasi Kerabu

20 kuntum bunga telang
3 pot beras
3 1/2 pot air bunga telang
3 helai daun limau purut 
3 helai daun salam
1 batang serai 
garam secukup rasa

Beras di cuci bersih
Masukkan air rendaman bunga telang
Letak serai, daun limau purut dan garam secukup rasa


2. Ikan Goreng Tepung

1 ekor ikan temenung@kembong
sedikit tepung gandum, kunyit dan dan garam
lumur ikan didalam tepung.
goreng dengan minyak panas sehingga garing.

3. Sambal Kelapa / Ikan

1 ekor ikan kembung
dua genggam kelapa parut ambil putih sahaja
2 ulas bawang merah
1 batang serai
garam dan gula secukup rasa
Rebus ikan bersama asam keping dan garam
Ambil isi sahaja

sangai kelapa parut dalam kuali tanpa minyak. Kacau tanpa berhenti sehingga bewarna sedikit brown.

Isi ikan kembung, bawang dan serai masukkan didalam food chopper, chop sehingga lumat.Masukkan kelapa sangai, chop lagi untuk mencampur gaulnya
Goreng kering, masukkan gula dan garam secukup rasa.


4. Sambal Tumis

250ml santan kotak
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 batang serai di titik
2 keping asam keping
3 sudu besar budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

blend cili kering, bawang n halia
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar  dan serai yang di titik.
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Kemudian masukkan santan
Biarkan sehingga mendidih
Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
masukkan gula dan garam secukup rasa.




5. Goreng keropok, letak di pinggan
6. Rebus telur masin dan potong dua
7. Potong nipis-nipis serai, daun limau purut, daun selom, bunga kantan, kobis dan kacang panjang.
8. Letakkan juga taugeh.

Selamat mencuba👍👍

You Might Also Like

0 Comments