Resepi ASD Pressure Cooker : Kek Coklat Moist
September 10, 2019Hai Semua,
Minggu ni, minggu busy sedunia Chef sebab Chef short staff, jadi kita redah la sorang-sorang, kita prepare barang masak, sauce dan segala bagai, kita jugaklah buat order, Ya Rabbi kecah dah dapur, nasib baik staff service multitasking dapat la menolong kat dapur.
Kalau tidak terpaksa la Chef keluarkan kepakaran silat kuntau , tangan pun boleh jadi lapan macam sotong.😅
Ok, berbalik pada resepi hari ni, kita nak buat kek coklat moist. Kek coklat ni memang makanan Chef dari kecil, mak chef memang suka sangat buat kek coklat sebab resepinya sangat mudah dan paling bagus sekali hangpa boleh buat dengan menggunakan ASD Pressure Cooker.
Jom kita cuba, Chef suka makan tanpa toping sebab Chef tak suka manis, so kalau hangpa nak toping pun boleh ja letak, ikut suka tekak sendiri la kan.
KEK COKLAT MOIST
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko*
1 cawan brown sugar*
1 cawan susu cair*
1 cawan susu pekat*
(kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan minyak masak*
1 ts vanilla
4 biji telur saiz kecil kalau saiz A/B 3 biji pun cukup.
Cara-cara
Campurkan bahan bertanda* dalam periuk dan panaskan api kecil sehingga cair.
Pukul telur sehingga kembang, masukkan vanilla.
Ayak tepung, masukkan ke mangkuk telur berselang seli bahan bertanda* yang telah sejuk.
Masukkan kedalam periuk, set bake di special function seperti dibawah. pastikan pressure knobnya ditempat yang betul
dah siap, release pressure, tunggu sehingga sejuk sebelum mengeluarkan kek
Selamat mencuba
*Untuk kek yang lebih tebal seperti dibawah kena set bake sekali lagi, selepas 15minit check kek sama ada dah masak atau belum kalau belum continue lagi 15minit.
Anggaran kek besar 45min hingga ke 1 jam

0 Comments