Vantage 44cm Non Stick Jumbo Pot

August 01, 2019

Hi, macam mana hangpa hari ni, harap semua sihat la naa..

Cuba teka chef nak review produk apa, mai sini rapat-rapat nak habaq, hangpa cuba tengok sat periuk apa besaq yakmat ni, rasanya dalam pasaran inilah kot periuk non-stick paling besaq yang chef tau 44cm, besaq macam besen, mandi baby pun boleh..hehe🤣🤣..gurau saja..hangpa jangan dok pi buat plak..haru nanti..

Chef pernah buat review periuk 40cm Vantage dulu, itu pengalaman chef memasak  dengan periuk besar, mati kutu jugak fikir nak buat masakan apa, tapi ni lagi besaq dan dekat pulak dengan raya qurban, jadi eloklah kita buat menu-menu yang berkaitan dengan daging dan masakan-masakan yang kita boleh kenduri sekampung.

Sebelum tu kita tulis sikit kelebihan Vantage Jumbo Pot nie

  • Saiz 44cm bersamaan 22 liter, baguih buat isi ayaq time ayaq takdak 😆😆 tapi jangan bagi anak nampak nanti dia buat kolam (chef melawak saja tau, toksah dok buat pulak)
  • Lapisan tidak melekat Whitford dari USA. Bahan coating tanpa bahan toksin PFOA.
  • Permukaan mudah untuk mencuci, boleh dimasak tanpa minyak atau hanya menggunakan sedikit minyak  supaya makanan lebih sihat.
  • Tahan karat dan cepat panas.
  • Penutup kaca dari tempered glass.
  • Diberikan sekali pemegang silicone tahan panas untuk memudahkan periuk              diangkat.
  • Warna dan bentuk yang cantik sesuai sangat untuk dihidang terus dengan periuk tak payah susah-susah salin periuk.




Chef belanja gambar masakan yang chef sediakan menggunakan Vantage 44cm ini


Kuah kacang

Bubur kacang durian

Kerutuk ayam

Sup tulang
Ramai yang tanya chef macam mana nak jaga periuk non-stick ni, ok dekat bawah ni chef bagi tips-tips nya:-

1. Basuh dengan sabun, selepas basuh lap kering-kering baru simpan.

2. Senduk atau sudip besi tidak digalakkan pengunaannya kerana boleh menyebabkan coating bercalar, sebaliknya gunakan senduk atau sudip dari kayu atau dari bahan silicone tahan panas.

3. Elakkan penggunaan stim rack yang bahagian kakinya boleh mencalarkan coating. Apabila bahagian coating tercalar periuk akan mula melekat.


elakkan stim rake seperti ini yang boleh mencalarkan coating


Gunakan stim rake yang mempunyai kaki seperti ini, chef pernah nampak ada dijual di DIY

4. Jangan meninggalkan periuk kosong diatas api sehingga overheated.  Seeloknya keringkan dahulu sebelum letak diatas api supaya boleh terus pakai.

5. Biarkan periuk sejuk sebelum basuh dengan air, perubahan suhu menyebabkan coating rosak.

6. Basuh dengan span dan air sabun. Elakkan membasuh dengan bahan yang mempunyai permukaan kasar, metal scouring pad, bahan cuci yang kuat.

7. cara menyimpan, seeloknya lap sehingga  kering dan biarkan permukaan coating kosong, jangan letakkan barang-barang lain didalam periuk. jika ingin menyimpan barang didalam periuk tersebut pastikan permukaan dilapik sepenuhnya dengan kain yang lembuk untuk mengelakkan dari bercalar.

Harap-harap tips ini banyak membantu.

You Might Also Like

0 Comments