Syok ke bekerja di luar negara

August 12, 2019

Cuti Hari Raya Aidil Adha lama-lama ni buatkan Chef terkenangkan kisah lalu.. Pengalaman merasa beraya di tempat orang, tanpa family disisi.. yang pertama Chef di Cambodia bekerja di D'Gulai Restaurant dan kedua semasa dihantar di Singapore.

Pada tahun 2014 macam tu, Chef mendapat peluang bekerja di luar negara,  thank you jugak pada sifu chef, Chef B sebab rekemenkan Chef. Sebenarnya takdak la jauh mana sangat pun Chef pi,  tapi yang penting pengalaman kan, banyak yang dapat belajar bila kita keluar dari comfort zone nie. Dapat rasa sendiri dok negara orang lain plak tu.. Chef pulak memang orang yang sukakan cabaran, jadi peluang yang datang bergolek-golek Chef takkan lepaskan.

Chef ke Phnom Penh, Cambodia. Ibu Kota Phnom Penh ni bagi Chef tempat baru nak membangun,  tapi ramai jugak orang Malaysia yang menetap dan bermastautin di Phnom Penh ni. Ada yang bekerja, berniaga dan ada jugak pelancong dari Malaysia yang mai sini especially time nak dekat raya korban, hangpa tau ka depa mai buat apa,  depa mai buat korban la kat perkampungan Melayu Islam Champa. Kadang-kadang ada jugak geng-geng bikers motor yang ride dari Malaysia sampai ke sini, since Big Bos kat tempat Chef kerja ni pun peminat motor motor besar maka ramai la geng geng bikers motor suka yang lepak kat restoren yang Chef kerja.

Kita pi join sekali
Apa yang menarik kat Phnom Penh ni,  macam-macam ada, hangpa nak pi yang mana satu, kat Phnom Penh ni yang paling glamour ialah Phsar Thmei (Central Market), dekat sini terdapat pelbagai fabrik hasil tangan orang Cambodia seperti Cambodia silk yang ni silk tulen tau. Selalunya orang Malaysia yang mai sini  akan borong Cambodia silk, telekung dan macam-macam lagi.

 Terdapat juga peniaga menjual buah-buahan dan makanan-makanan eksotik kat sini, hampa tau ka makanan eksotik tu apa, tu serangga yang dok banyak merayap kat rumah hampa lepas tu depa goreng rangup-rangup siap tambah serbuk perasa lagi.. Mesti hangpa terliuq kalau hangpa tengok nanti..hehe..
Phsar Thmei gambar dari pinterest

Bagi yang suka batu permata disini syurga la....batu permata dia Chef pun beli satu batu Aquamarine untuk orang rumah. Disekeliling Phsar Thmei pula terdapat Russian Market menjual barang-barang branded gred A seperti jeans, kasut dan beg berjenama, harganya boleh tawar menawar. Sebenarnya semua barang di Phsar Thmei pun boleh tawar menawar, kalau hampa pandai cakap sikit-sikit Khmer dapat la murah lagi. Meh Chef ajar sikit:- Orkun(terima kasih), Orkun Chran(terima kasih banyak), Orkun Bong (terima kasih, bang) .

Macam mana nak komunikasi dengan depa, pandai ka depa cakap english. Bukan setakat english, bahasa melayu pun depa pandai sebab ramai ja orang melayu Champ yang dok meniaga disini, tapi toksah la pi sembang ala-ala dok Malaysia sebab Bahasa Melayu depa limited ja. Kat Cambodia ni hampa jangan risau nak pi mana-mana Tuk-Tuk berlambak yang besar yang kecik yang berhias yang togei saja. Tambang Tuk-Tuk boleh dirunding tau, cakap saja nak pi mana.


Tak jauh dari restoran Chef bekerja jugak terdapat sungai Mekong, sungai dia luas betui, disepanjang sungai ramai orang berniaga makanan kecil-kecilan ala-ala padang kota zaman dolu-dolu, la ni kat padang kota mana boleh berniaga tepi-tepi macam  tu dahkan. Disebabkan persisiran Sungai Mekong ni adalah port lepak-lepak pelancong maka banyak la bar-bar dan cafe Mat Salleh yang dibuka disitu. Kat situ jugak ada sunset cruise, charge dia bawah USD 10 untuk satu bot tau.

Kat Cambodia ni urus niaga banyak dalam USD jarang-jarang depa pakai duit depa kecuali kalau ada baki depa sua la duit depa. dekat dua-dua belah tebing sungai Mekong terdapat perkampungan, yang uniknya depa ni tinggal atas bot sebab tak berkemampuan nak menyewa dan mempunyai rumah di daratan. Depa mandi, makan dan tido disitu.

Sunset cruise di sepanjang sungai Mekong, gambar dari pinterest.


Masa raya Aidiladha pula Chef pernah la ke kampung Champ sebab ada orang Malaysia yang kirim korban dekat Big Boss, kita pun pi la jumpa ketua kampung untuk sampaikan niat orang nak buat Korban serta sumbangan telekung dan Al-Quran pada surau.

Ada juga yang mintak sampaikan sumbangan duit untuk sekolah. Orang-orang sana ramah-tamah dan sangat menghargai tetamu, maka kita merasa macam kita ni YB kat sana. Kampung Champ ni lebih kurang macam kampung-kampung kita kat Malaysia..rumah-rumahnya dari papan, ada ayam itik semua.  Ada yang boleh cakap bahasa Melayu, ada yang cakap Khmer sahaja.

Chef juga berkesempatan pergi ke Silhanouk ville dengan staff-staff Gulai, big boss bawak, cantiknya tempat tu Masya Allah, chef berkesempatan makan fresh seafood yang baru naik dari laut, murah-murah harganya, bos kata la sebab yang ni bos belanja. dekat situ juga berkesempatan juga memancing dan scuba.
Ni Bong Ali, ex-staff Gulai

Semasa bekerja di sini juga, Kedutaan Malaysia juga banyak memberi peluang kepada restoran tempat chef bekerja, membuat katering semasa ada majlis-majlis keraian seperti jamuan raya, jamuan ketika menerima tetamu kenamaan.  Hai  sayangnya gambar-gambar kenangan tu tak dapat chef pamerkan disini sebabkan telefon lama chef dah arwah.



Meh kita cakap pasai makanan pulak ok, orang-orang Cambodia ni suka betoi makan asam-asam (perut depa tak lut kot), pedas-pedas dan manis. Kiranya buah pelam muda yang masam-masam tu macam makanan ruji depa ja. Kat sini juga terkenal dengan ikan talapia bakar salut garam pergi la kat mana-mana pun ada ikan bakar ni dan rasanya sangat sedap. banyak la makanan yang suka, selain nasi yang less kanji berbau wangi, Chef suka makan Pate, yang ini ialah roti ala-ala Subway la, banyak dijual ditepi-tepi jalan sekitar Phnom Phen tapi kebanyakan tidak halal kena pandai-pandai la cari yang Melayu Champ buat. Tapi kat Cambodia ni banyak ja restoran halal, yang jual roti canai pun ada, kira memang tak susah la nak survive kat sini.


Jom pi Singapore pula, nampak tu chef pakai baju Melayu, ha tu la raya kedua kalinya berjauhan dari keluarga. kat Singapore ni maju sangat-sangat nak compare dengan Cambodia, nak pi jalan-jalan train atau bas berlambak, senang dan selesa. Makanan pun banyak dan bagi Chef lebih murah dari Malaysia. So hampa pi la sendiri dekat saja kan.


Gambar sebelum sembahyang raya di S'pore







You Might Also Like

5 Comments

  1. salam chef, seronok baca kisah dan pengalaman chef bekerja di luar negera, semoga terus maju jaya sebagai the writers chef:) Salam kenal, saya follow blog chef!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cik Matahari follow blog chef, baru nak berjinak jinak dengan blog ni banyak nak kena belajar lagi..
    Salam perkenalan dari saya..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi singgah dapur Kak Amie. Seronok baca coretan Chef Niezam. Banyak sungguh perkongsian menarik. Rajin2 menulis ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Amie..Insyallah..saya akan update dari masa ke semasa..

      Delete
  4. Chef sy org sabah..mnetap kt cambodia skg..ada pluang kerjaya tk chef..hihi

    ReplyDelete