Neoflam de chef cookware

August 06, 2019



Hi, agak lama jugak la Chef tak update pasai produk kan?Al-maklum la.. sekali sekala saja kan Chef muncul, oklah..kali ni Chef nak review tentang periuk yang Chef suka iaitu Neoflam Cookware. Neoflam Cookware atau periuk ni ada banyak size..ada 1 Casserole 24cm, 1 Wok 30cm, 1 frying pan size 26cm dan satu Egg frying pan 16cm..semua didatangkan didalam kotak satu set..bukan saja cantik..malah comei comei gitu..😄



Cookware ni ditempa khas mengikut acuan khas diliputi dengan coating ceramic  berwarna merah didalam dan hitam diluar beserta pemegang tahan panas yang eksklusif. Kalau siapa yang macam Chef yang tak berapa suka guna pelapik tangan boleh la memiliki cookware ni dijamin tak pening kepala nak cari pelapik..terus angkat dari dapur..nak terus hidang atas meja pun boleh.. Lagi satu siapa yang tak suka menyental bontot periuk ha, cookware ni sesuai sangat sebab bahagian belakangnya berwarna hitam.


Coating Ceramic ni disaluti keseluruhan periuk dalam dan luar adalah dari bahan yang sama, jadi dua-dua bahagian ni memang tak akan melekatlah,senang ja nak cuci..kalau jenis dapur api lama..bahagian bawah periuk ni walaupun rupanya hitam tak nampak sangat la jelaga tu..😅kalau takut hitam jelaga periuk ni, boleh jugak guna untuk induction cooker..🥰


Bestkan kalau ada periuk yang boleh digunakan dengan pelbagai jenis dapur gas boleh dapur elektrik boleh, stove boleh, dapur kayu, dapur minyak gas pun ok pendek kata suka hati korang la nak pakai apa pun.


Bukan setakat mengoreng, masak nasi, merebus dan mengukus semua boleh..boleh guna untuk diri sendiri atau pun boleh beli satu untuk dihadiahkan pada pengantin baru..untong la pengantin baru.😅


Periuk ni kalau nak simpan dalam kabinet pun tak segan..nampak cantik ja. Kalau letak didapur pun molek ja

Takdak la mak mertua datang rumah nak masak tengok-tengok periuk, Yaarabbi..periuk belanga semua bontot hitam. Eh, eh pemalas jugak rupanya menantu aku ni. Haish dah tak pasal-pasal di cop pemalas. Orang bekerja mana lah nak ada masa macam mak-mak kita masa kampung dulu, periuk belanga dia merelit lit lap lit lap berkilat boleh buat cermin muka..😅



Nasi minyak

Talam  berlauk



Sotong Nyonya style




You Might Also Like

0 Comments