Resepi Neoflam Cookware : Kuih Ketayap

August 22, 2019

Hi morning,


Bangkit-bangkit, matahari dah terpacak kat kepala, anak dara dok tidoq lagi ka? Ni lah anak dara zaman sekarang  mintak  hantaran beribu-ribu tapi nak buat kuih Melayu satu habuk pun taktau. Kuih beli siap yang tu saja hangpa tau..

Tu dia mak sapa tu dok berletiaq tu, ini mesti mami jiran sebelah dok berletiaq kat anak dara dia😅 sampai boleh dengar sebelah rumah😂 takpa la mami oi. anak dara mami tak pandai masak.. suruh dia cari laki macam Chef, boleh tolong ajaq😂😂

Oklah dua tiga hari ni Chef terlebih rajin la pulak, nak makan kuih-kuih Melayu, nak cari di KL ni tak pandai sangat jadi kita buat la sendiri. Lagi pun kuih-kuih Melayu ni warisan budaya kita jadi kena belajar la cara nak buat, ni tau melantak ja tak mau belajar. Nanti Tok Wan cakap tengok bangsa lain lagi pandai buat kuih Melayu hangpa sentap.

Kuih yang hinggap di minda Chef ialah kuih ketayap, chewah macam lalat pulak main hinggap-hinggap. My all the time favorite, Chef beli nyioq parut kat satu abang ni di Pasar basah PJ Oldtown, punya la cantik kelapa parut dia buat, putih-putih dan panjang-panjang. Sesetengah kedai kalau jual nyioq parut ni hancur-hancur, siap tempurung nyioq sekali dia parut, keluar warna hitam-hitam. Jadi pandai-pandaila pilih peniaga yang ada teknik nak parut nyioq terutamanya kalau kita nak buat lopeh, kaswi, lompang dan jenis-jenis kuih yang nyioq dia nampak terserlah supaya kuih nampak cantik gitu.

Bila kita sebut pasai nyioq or kelapa or coconut haha speaking sikit. boleh kata semua basic kuih melayu ada nyioq atau santan atau air nyioq kat dalam, punya la berguna buah nyioq dalam kehidupan kita. Tu belum Chef cerita pasai pelepah, daun, lidi, batang, sabut, tempurung dan umbut boleh tulis novel kalau nak bercerita semua. Ha gula melaka pun asalnya dari pokok nyioq kan.

Teringat masa kecik dulu kalau balik kampung mesti Mak (panggilan untuk nenek) suruh kukur nyioq, maka lari lah kami bertebaran sepupu sepapat ni pi sembunyi, ngeri sungguh dengan kukur nyioq, pandai kukur kat dalam sahaja tepi-tepi tu failed, last-last kita kopek masuk blender saja, sapa sok buat kerja ni angkat tangan. tapi zaman sekarang senang banyak janji ada duit, beli saja kat kedai, kalau nak santan kotak dan dan santan serbuk berlambak macam-macam brand. Dah la tu meh kita teruskan dengan resepi kita iaitu kuih ketayap.

Kukur nyioq g(dari mudah.com) 

Kuih ketayap, mana la kuih ni dapat nama pun taktau, agaknya masa nak cipta kuih ni Mak Jemah dapat inspirasi dari ketayap yang suami dia selalu pakai pi ke masjid kot kan.🤣🤣


KUIH KETAYAP

Bahan A
Kelapa parut 1biji
gula melaka melaka 200g
sedikit air
sedikit garam
sedikit tepung gandum

Bahan B
Tepung gandum 500g
Air pandan / pewarna hijau pandan
Telur 1biji
Air (agak-agak jangan cair sangat)
sedikit garam
kalau nak lemak letak sedikit santan atau susu tapi kurangkan kuantiti air.

Cara masak Inti (Bahan A)
1.Masukkan gula melaka dan dan air masak hingga gula melaka cair.

2.Tunggu masukkan kelapa selepas air gula melaka itu sedikit pekat.

3.Masukkan sedikit tepung dan garam.


Cara buat Bancuhan ( Bahan B)

1.Masukkan semua bahan B didalam pengadun dan adunkan sehingga sekata.

2.Panas kan sedikit minyak di kuali leper,tuang satu senduk, jangan lupa lenggangkan ye baru dapat bentuk bulat dan sekata, jangan tebal atau nipis sangat nanti senang terkoyak . Agak garing baru pusing ya.



3.Cantikan kejadiannya, pakai non-stick pan. Lepas tu apa lagi gulung la inti elok-elok dalam tu.



You Might Also Like

2 Comments

  1. kueh ni feveret saya... Umm dappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bukan orang mesia kalau tak suka kuih ni kan😆😆

      Delete