Kuih Badak Berendam

August 23, 2019

Hai gais,

Apa yang korang dok mengendap tu, bukan puteri mandi tu tapi badak berendam adalah🤣🤣. Hebat-hebatkan nama kuih tradisional kita, ada Badak Berendam,  Cucur Badak, Bronok, Taik Itik, Kerbau Guling, Kuih Siput, Sarang Semut ha cepat-cepat Chef cabar sapa lagi boleh bagitau chef kuih apa yang gunakan nama haiwan.  Ulat bulu, lipan bara, ular melingkaq atas pagar, ular melingkaq dalam mangkuk pun ada, haha Chef melawak saja.


Hari ni kita nak cuba resepi kuih tradisional ni, yang Chef tau nama dia Badak Berendam tapi ada juga yang cakap nama dia Puteri Mandi dan ada kawan-kawan berbangsa Cina cakap kuih ni macam kuih Tangyuan..yang selalu diaorang buat masa menyambut Tahun Baru Cina, fuhh..bestkan duduk Malaysia ni disebabkan majmuknya masyarakat kita, macam-macam kita boleh berkongsi budaya termasuklah makanan.

Sebenarnya kuih Badak Berendam Chef tak berapa kenali semasa membesar dan tinggal di Penang dulu, di Penang kuih untuk sarapan pagi paling famous ialah Serabai,  tak pandai buat sendiri pun, selalunya kita pi makan di Medan Selera Taman Tun Sardon, itu ja mak kita bawak dari kecik, ke tak pun Roti Canai Kuah Kari Daging di Transfer Road atau paling malas kita tunggu saja la mamak jual roti naik motor lalu, kelui dari jauh dapat la beli roti Benggali sapu kaya dan planta cuma RM 3.50 sebuku.

 Mula-mula Chef jumpa kuih Badak Berendam ni ketika Chef melawat bandaraya Melaka beberapa tahun lalu, masa tu curious jugak nak tau apa benda yang terendam dalam kuah santan tu,🤔 yang chef tau ini cuma Serawa dan Bubur sahaja. Ha cak, sekali dia pusing da.... badak rupanya🤣🤣. Bila cuba sedap rupanya, kenyal-kenyal gitu bila digigit dalam berinti kelapa dimasak dengan gula melaka.  Leceh tak tak buat, hum...mai kita try:-

KUIH BADAK BERENDAM

Bahan A
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka yang besar tau
1 cawan air
1 daun pandan yang diikat

Bahan B
500gm tepung pulut
pewarna hijau dan merah
sedikit garam
1 1/2 cawan air (agak-sahaja untuk sehingga boleh diuli menjadi doh)

Bahan C
2 cawan santan pekat
2 tbs tepung beras
2 cawan air.

Cara Masak

Inti(Bahan A)
1.Masak gula melaka dengan air dan daun pandan sehingga pekat.

2.Keluarkan daun pandan dan masukan kelapa parut dan sedikit kelapa parut.

3.Masak sehingga kering. bulatkan  kecil-kecil simpan didalam peti ais.

Doh(Bahan B)
1.Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam.

2.Campuran tadi dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (tak perlu habiskan air kalau campuran tadi sudah menjadi doh.

3.Bahagi kepada dua bahagian, warnakan merah dan hijau pada kedua-dua bahagian. uli kecil-kecil sama saiz. ambil inti yang disimpan di peti ais tadi untuk dimasukkan kedalam doh yang diuli kecil-kecil tadi. Inti yang sedikit sejuk memudahkan untuk dibentuk.

4.Panaskan dalam periuk sehingga mendidih. Nak pakai periuk apa ya suka hati la, nak pakai 24cm Neoflam Casserole Pot ke atau 30cm Neoflam Wok, janji air boleh tenggelamkan keseluruhan kuih. Humm mana nak tahu dah masak atau tak, kalau doh-doh tu timbul maksudnya dah masak. Boleh ke timbul kalau inti besar-besar, jangan risau timbul punya, tepung pulut tu macam pelampung tau fungsi dia🤣🤣.

5.Kaut dan masukkan ke air sejuk.

Kuah(Bahan C)

1.Masak santan, air dan tepung beras yang dicairkan sekali.

2.Anggaran pekat dia macam korang makan serawa pisang tu.

3.Kalau nak buat macam Chef yang tersusun indah tu, atur la dulu baru letak kuah. tapi kalau tak kisah campurkan lah sekali. Nak lagi sedap sejukkan sedikit kuah santan baru tuang ke atas Badak Berendam, sedap cam gini 👍.



Selamat mencuba!!😄
Eh ada siapa pernah dengar Kuih Balung Ayam, cer cerita sikit.



You Might Also Like

2 Comments

  1. Humm saya tak banyak sangat tahu pasal kueh, tp makan kueh banyak je hehehe. Done follow sini, btw ni sharing...

    ReplyDelete