Resepi ASD Presurre Cooker : Bubur Lambuk

August 25, 2019

Hai Semua,

Amacam cuti panjang ni pergi jalan-jalan tak, sekarang musim jerebu jadi Chef rasa aktiviti indoor lebih baik dari outdoor. Minum air kosong banyak-banyak. Kalau tak silap, masalah jerebu bermula 1998 lagi dan tak selesai pun sampai sekarang. Musim jerebu ni mesti ramai yang mula rasa tak sedap badan nak demam kan. Mesti mula tak lalu nak makan nasi, masa ni lah kita nak cari makanan lembut, sedap dan mengenyangkan.

Jadi hari ni Chef nak cuba buat bubur nasi menggunakan ASD Pressure Cooker.

Menu Chef hari ni bubur lambuk, bubur lambuk ni menu wajib bulan puasa dan selalunya memang jumpa bulan puasa saja lah. Nak hari-hari lain kenalah buat sendiri. Setiap orang mesti ada kenangan indah dengan menu istimewa ni kan. Semasa Chef tinggal di Penang dulu Chef selalu ke Masjid Bayan Baru atau Masjid Sungai Nibong untuk ambil bubur lambuk, dua-dua masjid ni paling dekat dengan rumah Chef dan dua-dua ada keistimewaan sendiri dari segi rasa. Lepas ambil bubur lambuk baru jalan-jalan di bazaar ramadan yang menjual pelbagai juadah, biasanya Chef beli kuih sahaja.



Meh chef kongsi resepi bubur lambuk, versi ni simple saja, sesuai dimakan semasa sakit pun.


BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan

1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering direndam*
1 tbs halba*
1 inci halia*

2 pot/cawan beras (chef pakai beras wangi) di basuh
5 pot/cawan air

3 bunga lawang
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
sedikit jintan manis dan jintan putih (optional taknak letak pun tak apa)
sehelai daun pandan
4 tbs minyak sapi/boleh ganti dengan Adella Vanasmati

2 tbs  rempah kurma
1 tbs lada putih
garam secukup rasa
200gm daging cincang

Santan 1 cawan


daun sup, daun bawang dipotong kecil, bawang goreng dan cili merah untuk hiasan.

Blend bahan yang ditanda *
Panaskan periuk, pilih function podrige
Semasa Heating masukkan minyak sapi
Tumis rempah ratus
Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi.
Tumis hingga naik bau

Menumis dengan pressure cooker 


add caption

 beras, air, santan, rempah kurma, daun pandan guna penutup, tutup periuk dan tunggu.

Cukup 30 minit, release pressure dahulu baru buka penutup. Nak release pressure boleh tolak tombol dia ke kiri atau kanan.

Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong, bawang goreng dan chili.

Dah siap, selamat mencuba



You Might Also Like

1 Comments

  1. Chef kalau nak masak bubur cha cha nk tekan function apa kt asd pressure cooker?

    ReplyDelete