Haier Air fryer part 2

March 19, 2019

Dia datang dengan lenggang lenggoknya,  hehe itu Kak Limah bukan air fryer.  Meh kita review sekali lagi, kata berkenan tapi tak beli-beli. Kawan-kawan cakap membazir ja, beli air fryer buat masak nugget and fries saja.

Tau tak air fryer ni boleh buat macam-macam dari ayam panggang ala-ala keny roger sampai la brownies dan popcorn semua boleh buat sendiri,  tak payah beli, save duitkan al-maklum kos hidup zaman sekarang semua tinggi,  kalau buat sendiri lagi murahkan.

Mai kita cerita pasal ayam dulu,  yang chef buat ni roasted chicken ala kenny roger,  sekali sekala nak makan dengan  family diluar boleh tahan harganya,  apa kat buat sendiri di rumah satu ayam boleh potong empat untungkan.  chef suka sangat bakar ayam menggunakan  air fyer sebab lemak-lemak ayam yang jadi minyak tu akan turun kebawah.  bakul pulak  boleh di buka jadi mudah untuk dibasuh.  Ada yang tanya chef mana dapat ayam yang comei muat masuk air fryer tu,  korang boleh beli kat jaya grocer, beli spring chicken tau confirm muat. Harga dia lebih kurang Rm 10-11 ringgit ja.

 Air fryer ni sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet macam chef,  roasted je chicken breast,  marinated dengan lada hitam sikit,  less garam, olive oil  bakar 15 minit 180C, Walla sesuai ja nak makan dengan salad atau dengan pasta. Anda boleh juga try resepi ayam percik atau ayam tandori. Sila guna bahagian peha kalau nak effect yang juicy-juicy tu ye 😂😂
basket boleh buka dan basuh

Menu ikan yang boleh dicuba ikan jaket sumbat belakang,  pari bakar, ikan talapia sambal petai,  ikan bakar portugis.

Donut frozen
Pizza roti gardenia

Boleh masak kuih frozen jugak seperti donut,  karipap,  popia, samosa tak payah goreng seperti selalu yang banyak menggunakan minyak. Sangat healthy untuk anak-anak kan.

Banyak kebaikan terutamanya dari segi kesihatan kalau kita guna air fryer nie,  chef kadang-kadang buat pizza roti,  bruchetta dan kadang-kadang kalau roti dah nak expired tak sempat makan chef bakar je dalam air fryer ni untuk buat breadcrumb. Nanti chef share beberapa resepi ayam yang chef dah try.  Stay tune. 



You Might Also Like

0 Comments