Grenstone Wok 32cm

March 17, 2019

Salam semua,  baru nak merasa cuti dah berhari-hari kerja, selalu hari cuti ampa suka buat apa, macam chef ni hari-hari masak,  sekali sekala nak goyang kaki ja, relaks-relaks "no cooking day",  tapi kalau ada permintaan orang tersayang nak makan kita masak je la kan.

  Hari ni chef nak tulis pasai Grenstone 32cm Wok, chef suka Grenstone Wok ni atas banyak sebab antaranya bentuk wok yang best bila mengoreng,  walau pun besar tapi cepat panas dan suhu sekata didatangkan dengan penutup kaca. Chef pernah goreng dua bungkus bihun dengan pelbagai bahan dalam cukup untuk 20 orang makan, puas hati tak payah dua tiga kali goreng,  rumah chef nie walaupun jarang orang datang sekali-kali datang ramai jugak. Lepas goreng angkat letak ja atas meja, pemegang wok dibuat dari bahan tahan panas, jadi takyah kelam kabut cari lapik tangan untuk angkat wok.

   Kalau korang beli kuali sebab apa?  sebab ada promotion kan,  ngaku kaih. Beli-beli simpan ja, sayang nak pakai takut rosakkan. Jangan risau, Grenstone Wok ni sangat tahan lasak,  tak terhakis,  tak kemek bila jatuh, tak senang calar tapi ada caranya la nanti check post chef seterusnya tentang penggunaan dan penjagaan kuali atau periuk jenis coating (ada chef tulis tips-tips di Vantage 44cm)

Chef dah letgo kuali-kuali alumium chef, ada yang dah nipis sangat. Grenstone 32cm wok ni dah lama chef pakai,  memang puas hati, dah macam-macam masakan dari rendang,  bubur lambuk, nasi goreng,  sup tulang,  asam pedas macam-macam lagi. Mana nak beli? Chef beli kat go shop sebab dapat free gift,  tapi rasanya ada ja di Lazada atau Shoppe harga takde mahal mana pun affordable  la kena ngan saiz dia, kalau brand lain mahal kan kan kan. 

Wok ni sangat mudah dicuci, guna air sabun dan span ja,  dulu kalau guna kuali biasa jenuh jugak kalau lepas goreng bihun,  kena rendam dulu,  supaya kerak-kerak kembang lepas tu baru boleh basuh.

Sekarang tak payah takde berkerak pun sebab non-stick. Jimat masa sekali cuci ja, tak la berselerak dapur tu dengan kuali berkerak rendam sana sini. Lagi satu chef sangat suka dengan Grenstone wok ni sebab ia sesuai digunakan dengan induction cooker,  chef memang simpan satu induction cooker di rumah incase gas habis tengah malam, leceh nak pi cari.  Kita takla check periuk kita boleh guna induction cooker ke tak sebab tak pernah terjadi, bila emergency nak pakai baru tahu tak semua jenis logam boleh dikesan oleh induction cooker. Sekarang chef beli wok Grenstone ja,  nak guna dapur gas boleh, induction cooker pun boleh.

Antara ciri-ciri Grenstone Wok:

1.Die Cast (dibuat dengan menuang logam kedalam acuan) bukan main tampal-tampal ke ketuk-ketuk, tahan lasak.  Ketebalan sesuai dengan bentuk wok untuk peredaran haba yang sekata (cepat masak) dalam masa yang sama nutrisi dan rasa makanan dikekalkan.

2.Permukaaan disalut dengan multilayer coating dengan marble reinforcement, memberi prestasi non-stick lebih baik.

3. 100% non-toxic dan PFOA free. Selamat digunakan untuk memasak mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan compliance dengan lulus sijil LFGB.

*Grenstone ada keluarkan wok yang lebih besar,  lebih cantik dengan pemegang menyerupai kayu dan penutup logam yang sangat exclusive,  chef dah beli satu,  nak letak atas meja masa raya.  Nanti chef review ok.




You Might Also Like

1 Comments

  1. tangkai (pemegang) periok dah patah , boleh dapat ganti beli dimana ?

    ReplyDelete