Grenstone 32cm Wok : Ayam masak butter

March 28, 2019

Chef masak dengan menggunakan Grenstone 32cm Wok



Resepi Ayam Butter

300gm Isi Ayam potong kiub
100gm Tepung goreng segera,  chef pakai tepung brand bistari tak cukup tambah lagi (boleh buat sendiri kalau rajin,  rempah kari,  lada sulah,  chicken stok dan tepung shj bahannya)
1 biji telur

4-5 sudu besar butter
1/2 cawan susu
2 sudu besar susu pekat boleh ganti dengan gula
Sedikit garam sikit ja tau butter dah masin.
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 ulas bawang besar potong dadu,  kalau nak letak bawang Holland pun boleh juga.

Chef ubah sikit letak daun limau purut
Chili padi jika suka,  chef buat 2 version satu pedas dan satu tak.
Kalau suka ada rasa masam manis sikit boleh perah lemon atau pakai ja plum sauce sikit ja tau.

Cara-cara masak; -

Panaskan minyak,  celup ayam dengan telur dan lumur dengan tepung goreng dan goreng sampai garing.


Dah siap buat sauce butter pulak
Tumis bawang putih yang di cincang ditumis dengan butter dan chili melaka untuk rasa pedas, masukan susu dan susu pekat, garam dan daun limau purut. Masak sehingga pekat yang ini ikut korang tau,  kalau suka berkuah takyah la masak hingga pekat.  Masukkan ayam goreng tadi, walla sedia untuk dimakan. Chef letak chili asing sebab tak makan pedas.





You Might Also Like

0 Comments