Dato Chef Wan di AKV

March 10, 2019

Hai!semua uuiihh..lama sungguh noo  chef menghilangkan diri, maaf la..nak buat macam mana, keja makan gaji macam ni la busy dengan function, baik..hari ni chef  update story pengalaman kisah-kisah yang lalu antaranya ketika bekerja dengan Dato' Dr. Chef Wan.

OK kalau nak tau Dato' Chef Wan atau Tok Wan ni idola chef dari zaman muda mudi dulu.  Tok Wan la dah ubah cita-cita chef dulu kononnya nak jadi pilot la, doktor la, lawyer la..Tau tau dapat pulak offer kerjasama dengan Tok Wan pulak.. chef tak lepaskan peluang ni sebab chef nak juga merasa bagaimana bekerja dengan selebriti chef ternama yang telah banyak memperkenalkan makanan Malaysia ke serata dunia. Dapat jugak  la menimba ilmu dan merasa pengalaman bekerjasama buat preparation untuk idola chef ni.

Ketaq jugak masa first time buat prep untuk beliau, sebab ada ura-ura cakap beliau ni garang dan cerewet.  Pengalaman chef bekerja dekat hotel dulu chef-chef besar memang garang dan cerewet sebab diorang ni perfectionist,  mutu makanan yang dihasilkan jadi aras tanda chef tersebut. Dah buat keja sekali baru tahu cara kerja Chef Wan.

Kalau dia bagi resepi ikut ye sebiji-sebiji, jangan nak ubah-ubah hehe, make sure bahan cukup untuk masak ikut anggaran saiz periuk,  periuk nala punya besaq,  hang bagi bahan untuk makan dua orang memang kena la,  ok dah-dah korang takyah la tau lebih-lebih,  Chef Wan ni ramah orangnya tapi bab kerja dia straight,  no play-play ye.  Yang paling seronok chef dapat autograph Chef Wan dekat buku 400 resepi terbaik Chef Wan,  korang nak buku ni pergi la cari kat kedai buku popular,  buku chef ni dah travel sampai Phnom Phen kalau nak tau,  azimat  masa duduk jauh dulu. 

Kat bawah ni chef belanja gambar Chef Wan mai ke AKV Mesamall,  meriah baq ang. 


Masa ni Dato Chef Wan buat demo untuk Shogun,  berbalik kepada buku tadi,  kalau korang nak try menu-menu yang Dato Chef Wan buat kebanyakan ada didalam buku tu, seperti pencok ayam panggang, nasi goreng kampung, ketam kam heong,  daging goreng berlada stail pataya  ada banyak resepi yang chef suka,  tapi yang paling chef suka Daging Moussaka, gerenti tak rugi beli buku, resepi-resepi sangat menarik untuk dicuba.


Tak dapat nak upload the whole page sebab kecik sangat.  Try la sangat sedap. Belanja satu lagi gambar, uish kalau tak kenal bukan duduk di Malaysia.

Seronok anak-anak jumpa Akim




You Might Also Like

0 Comments