Strom colour diamond frying pan classic set

July 22, 2018

Baru-baru ni chef berkesempatan mencuba satu lagi produk yang dijual di Go....,  Strom colour diamond frying pan, didatangkan dengan 3 pan dengan warna berlainan.:-


  • 20cm Frying pan
  • 28cm Frying pan
  • 28cm Wok pan

*dengan penutup kaca 28cm

Mula-mula dapat set ni, ingatkan frying pan biasa ja,  hehe rupanya luar biasa. Sebab apa luar biasa ye, biasanya frying pan yang elok berat sikit, tapi yang ini ringan sangat dibuat daripada die cast-aluminium sangat kuat dan tahan lasak. Setiap pan coated dengan diamond dust di bahagian dalam,  jadi ia cepat panas dan tidak melekat. 


Meh chef share apa yang boleh dimasak dengan 3 pan tu:-

  • 20cm pan
  1. English breakfast - mushroom omelette 
  2. French toast with fruit salad

  • 28cm Pan
  1. Sambal tumis udang petai
  2. Siakap sweet sour
  3. Ikan bakar dengan air asam
  4. Lamb chop with black pepper gravy

  • 28cm Wok Pan
  1. Masak lemak  cili padi ketam
  2. Kurma ayam
  3. Fetucini carbonara
  4. Nasi butter 


Kalau korang tengok di Go... pan ini boleh dilap terus selepas digunakan sebab ia tidak melekat. 3 pan ni pun dah cukup nak masak macam-macam, periuk lama boleh letgo 😂😂.Saiz 28cm wok boleh tahan besar, boleh masuk 7 ekor @ chicken whole leg dpt 3-4 ketul @ telur lebih kurang 15 biji. Cukup la untuk keluarga kecil atau yang baru berumah tangga.



Harga pun mampu milik, dapat pulak free satu pisau dapur dan 3 tupperware. 

Meh chef share satu resepi untuk dicuba sendiri

Fettuccine Carbonara

Bahan-bahan
Fettuccine
Sedikit Bawang putih cincang
Minyak zaitun untuk menumis
3 slices - Chicken ham potong kecil2
Button mushroom 
Cooking cream
Secukup rasa Garam
Sedikit chicken stok
Sedikit Black pepper
Sedikit Thyme atau (taknak letak takpe) 
1 biji - Kuning telur 
Sedikit Parmesan cheese

Fettuccine di masukkan dalam air mendidih hingga lembut. Letak sedikit garam dan minyak. Toskan. 

Dalam wok 28cm, panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang putih,  masukkan mushroom dan chicken ham, kacau hingga agak garing,  masukkan cream,  garam,  chicken stok serta lada hitam. Masukkan fetucini yang dah ditos tadi. 

Agak dah masak, masukkan kuning telur kacau dengan cepat. Letakkan dalam pinggan dan taburkan parmesan cheese. 


Waala....ma ma mia.. dah siap,  dah ada strom pan tu boleh buat sendiri kat rumah,  senang saja kan. Boleh jugak guna spageti,  angle hair, macaroni dan seangkatan dengannya. 
















You Might Also Like

0 Comments