Vantage Jumbo Pot (Die Casting 40cm/ 18.5 L Sauce Pot)

June 23, 2018


Cantik betul Vantage Jumbo Pot ni, merah mak ngah. Hai siapa tak kenal Vantage kan jenama ni dah lama ada kat Malaysia,  selama ni kita dengar pinggan mangkuk saja,  sekarang periuk pun ada Vantage.



Ok, apa kelebihan periuk Vantage ni,  capacity dia besar betul 18.5L lebih kurang 4.5 kg beras boleh masak dalam tu,  daging lebih kurang 12-15 kg, ketam boleh 20 ekor, ayam size 2kg lebih 3-5 ekor kalau size kecil dalam 6-7 ekor dan dodol pulak chef buat 2 pack tepung pulut 500gm baru suku periuk 😅😅 lenguh tangan mengacau. Yang paling chef suka sebab periuk dia cepat panas dan tak melekat sangat sesuai nak masak kuah kacang, dodol atau nak tanak pulut.





Menu untuk Go.....

  1. Bubur lambuk - menu wajib bulan puasa
  2. Nasi ayam,  ayam dan sup
  3. Rendang daging
  4. Nasi Mandy Kambing
  5. Masak lemak ketam dengan nenas
  6. Lodeh
  7. Dodol

*Chef pun terjebak beli,  meh chef share resepi dodol:-  1 cwn tepung pulut, 1/2 cwn gula pasir,  1 cwn santan (kalau santan kotak 1/2 santan 1/2 air, ikut selera nak lemak lebih banyakkan santan kurangkan air),  1 cwn gula melaka,  1 sudu besar tepung beras, sedikit garam dan daun pandan
Semua bahan kecuali daun pandan dimasukkan ke dalam blender, kemudian tapis dan masak.
Gandakan resepi untuk memasak dodol dalam kuantiti yang banyak




You Might Also Like

0 Comments