Menu hari raya - bihun sup utara

June 26, 2018

Dah seminggu lebih berhari raya, seronok bercuti sambil berkumpul adik beradik,  hai chef cuti 2 hari ja,  lepas tu kerja, nak-nak pulak cuti sekolah, memang full house saja.  Macam mana sambutan raya korang, mesti la best kan shopping sakan GST dah tak dak. 

Baru seminggu berat badan pun naik mencanak-canak mana taknya 1 hari cover 3-4 open house, ketupat lemang,  rendang, kuih raya yang tak yang dapat hari-hari lain sure korang rembatkan. 

Pengalaman chef pulak,  kalau masa kecik dulu selalu balik Pendang rumah Mak (sapa panggil nenek korang mak kita geng 😂😂) kalau di Pendang , raya ja mesti ada bihun sup utara yang famous ala yg warna kuning tu tak pun laksa kedah dan ketupat palas ni wajib la,  air pulak sirap... 
Lain pulak di Penang,  menu raya mesti nasi,  nasi tomato,  nasi minyak,  nasi jagung, nasi kandar pun boleh.  Kuih pulak sikit-sikit sahaja. 

Tahun nie pulak Chef berpeluang raya kat KL dan Kuala Pilah.  Menu KL biasa la, ikut selera tempat asal masing-masing since  ramai yang tak balik raya, kita potluck la,  hasilnya ada lodeh dan mee bandung johor,  kek lapis sarawak,  nasi kismis dengan daging masak hitam,  nasi daging utara,  rendang daging, gulai daging, ketupat palas dan ketupat nasi. 

Kek lapis

Kanak-kanak riang ria

Buka puasa hari terahir sebelum raya

 Kemudian chef bergerak ke Kuala Pilah,  on the way ke sana pun kiri kanan jalan ada gerai itik salai, ayam salai, daging salai dan ikan salai.
Kat sana chef dapat rasa rendang itik,  not bad sedap jugak.

Pusing-pusing cari jalan

Itik salai, ikan keli salai (dr blog returnofblavotz, masa chef pegi kuala pilah semua tutup,  org raya 😂😂😂)
Masak lomak sodap nie.

Raya di Batu Kikir,  Kuala Pilah

Orang cakap lain padang lain belalang
Lain negeri lain menu hari raya 😂😂

Failed pantun,  

Meh nak kongsi resepi bihun sup utara


Bihun sup utara

  1. Bahan-bahan kuah

*Kulit kayu manis
*Bunga lawang
*Bawang merah(blend)
*Bawang putih (blend) 
*Halia(blend)
*Rempah sup
*Minyak masak
Daging lembu dipotong kiub/ boleh tukar ayam kalau nak
Air
Garam 
Gula

2.Bahan-bahan untuk bihun
Bihun
Kunyit

3.Bahan-bahan hiasan
Cili merah
Bawang goreng
Daun bawang

Tumis bahan*,masukkan daging rebus sampai masak masukkan garam dan gula. 

Masak bihun dalam kunyit, setelah lembut basuh dengan air, tapis letak tepi

Sambal pulak, just tumis chili boh dan masukkan garam sikit.  

Simple dan sedap 👍👍










You Might Also Like

0 Comments