Western vs Local (bread butter puding vs pulut srikaya)

May 05, 2018

Salam 1 Malaysia, Salam perpaduan 😊😊, dah  dekat nak mengundi tinggal berapa hari saja lagi. Sana sini dah naik poster merah, biru,  hijau pun ada sekali kala. Apa yang diharapkan pilihan raya yang telus la.. No cheatx2 na,  rakyat dah bijak sekarang. Tengok tajuk di atas macam menarik kan? Western vs Local,  sebenarnya sebelum chef pandai masakan melayu ni,  pengalaman chef ialah masakan Western,  dari awal pembabitan dalam food industry  ni semua dalam Western,  bermula di Sheraton Hotel seterusnya mengorak langkah ke beberapa Western restoran sebagai Western chef, tahun 2010 chef join Vistana Hotel Penang sebagai Chef de partie dan disana bermula pengalaman memasak masakan Melayu,  kena masak rendang dan kena smash dengan chef lagi senior "hang melayu saja, masakan melayu pun tak reti" hui menusuk qalbu kot 😅😅 menitis air mata jantan.
Kenangan di Vistana, Penang

Dinner Night 2010, Vistana Penang

 Chef dapat banyak peluang belajar dengan chef-chef yang lagi otai sampai ke Cambodia,  😆😆 orang belajar sampai ke negara China,  chef ke Cambodia. Siapa cakap Cambodia tak best, nanti next entry chef cerita. Bagi chef kalau buat comparison dua-dua pun ada cabaran tersendiri. Untuk Western,  cuba bayangkan steak,  korang rasa berapa jenis gravy yang korang boleh hasilkan selain black pepper yang korang suka sangat tu, makanan dia pulak korang kena fusion kan mengikut citarasa tempatan, masakan melayu walaupun straight forward tapi bila kena sediakan dalam kuantiti yang banyak struggle jugak beb. Tak kisah la Western, masakan Melayu,  Mediterranean atau Oriental yang penting minat.

Sini chef nak kongsikan resepi masakan Melayu vs Western


Resepi Pulut Srikaya

500gm beras pulut -rendam  1 jam
500ml santan pekat (kalau santan kotak 1/2 santan 1/2 air)
1sdk garam
2sdk minyak masak

Kukus 30 minit, siap kukus mampatkan pulut. Kukus sekejap dlm 7 minit sebelum tuang bahagian kepala ketas pulut(elak pulut dan bahagian kepala terpisah). Sapu minyak pada bekas sebelum mampatkan pulut.

Bahan kepala
450ml santan pekat (1/2 santan, 1/2 air), nak lemak lagi boleh adjust sendiri)
5helai daun pandan blend dgn 150 ml air,  tapis ambik pati
1 1/2sdb besar tepung jagung
1 biji telur
100gm tepung gandum
Pewarna hijau
Secubit garam
Blend semua sekali,  tapis masuk ke periuk,  masak sehingga sedikit pekat.

Tuang keatas pulut,  kukus semula 30 minit,  chef letak sedikit serbuk kayu manis utk aroma yang lebih wangi. Simpan semalaman sebelum potong.

Resepi di bawah tu next entry.


*Ps Congrats kepada team AKV resources masuk paper BH,  semoga AKV berkembang dengan lebih maju jaya di masa hadapan.

You Might Also Like

0 Comments