Musim mengundi, jom balik kampung, Penang food must try

May 02, 2018

Banyak hari jugak tak menulis,  nasib tak dan bersawang lagi blog chef,  seronok kot no semalam cuti,  ampa la yang bercuti chef kerja.  Macam tu la kehidupan seorang chef ampa cuti chef kerja,  time cuti bawak famili makan luar,  chef kerja lagi kuat la,  baik mengaku cepat,  ada ka yang rajin masak time cuti. 
Minggu depan ampa cuti lagi no,  balik kampung mana?  Takdak kampung mai ikut chef balik Penang.  Ada ka chef ni kan,  orang cuti nak mengundi,  kalau semua dah balik penang tunai kewajipan apa nya. Tu belum chef tanya warna apa pilihan hati biru ka merah ka warna warni ka,  yang penting pilih dengan bijaksana,  bukan apa Malaysia ni bukan hak kita sorang ja,  hak anak cucu cicit piut kita juga,  Warisan apa yang kita nak tinggal selain kebanggaan menjadi warga Malaysia. 
Chef ni dah lama tak balik kampung, banyak makanan yang chef rindu, antaranya la:-

1. Sup Hameed,  sebelah Cititel(kena dengan roti benggali sedap tak terkata)
2. Nasi padang,  Transfer Road tempat dia di kedai kopi international hotel, (gambar lauk yang chef suka, bawang goreng tu yang paling sodap)


3. Ayam madu,  Nasi kandar Kayu sebelah vistana (maafkan chef yang dibawah tu ayam goreng,  ayam madu dia ialah ayam yang digoreng lepas tu letak dalam kuah madu lain dari yang lain tempat lain ayam madu tumis dengan chili blend)

4.Mee goreng/kuah mamak kat see wah lama depan sunshine

5. Roti canai transfer road(yang paling chef suka kuah daging tu)

6.Ice blended soya gula hitam ngan pasembur,  Padang Brown(specialnya ice blended ni takdak di tempat lain, sorry la takdak gambar pi sendiri😆😆, pasembur tu ada kelempung(paru) digoreng garing sedapx3)


7. Samosa, Little India(ni kalau ada orang pi town memang pesan beli,  panas-panas sedap sangat,  tak bagus untuk orang yang berdiet,  sekali ngap tak boleh stop)

8. Ikan steam ngan ayam masak gajus kat Bangkok Tomyam,  tapak pasar malam Bayan Lepas(ikan steam dia special sebab ada jeruk bawang putih)

9. Rojak buah,  Padang Kota Lama(jangan silap cari gerai ni gerai rojak 101) chef beli dari zaman sekolah rojak dia ada sotong dan cakoi yang mcm biskut)  ampa kena request tau.

10. Nasi ayam misai,  BJ Mall(zaman percintaan dulu selalu la bawak ke sini,  sini ja mampu belanja dari nasi,  sos kicap,  aym, chili semua sedap yang paling best sup kaki,  dulu free ja)
11. Ali Bubur, Gama (ini pun orang lama dari zaman chef sekolah, ada macam-macam bubur pemanis mulut yang chef paling suka bubur gandum dia lemak berkrim)

12. Ais tingkap ngan cucur udang,  chowrasta (yang dua ni tiada kata yang menggambarkan keenakannya, meleleh air liuq dah).

13. Cendol, lorong penang( chef suka beli kat auntie belah kanan yang tak ramai orang tu,  auntie tu berniaga dari zaman chef kecik-kecik lagi.


14. Mee sotong ngan coconut shake medan selera Padang Kota (yang ni memang terkenal di pelosok dunia,  frust kalau balik Penang tutup.

15. Sotong goreng tepung ngan ikan bakar,  Ikan Bakar Seri Pantai(ada beberapa kedai ikan bakar di sini,  yang chef paling suka yang Seri pantai tapi selalu full house,  mana-mana pun ok juga ikut selera la)


16. Nasi lemak ayam goreng berempah,  Restoran Subaidah Nasi Kandar,  Jalan Pekaka dkt dgn Usm(ayam goreng berempah mercik,  start pukul 10 mlm,  yang rasa dok berdiet toksah dok try,  cheat day la konon😝😝)

17 dan yang paling wajib sekali serabai medan selera market Taman Saadon.


List ni memang sesuai untuk orang yang nak pindah terus ke Penang,  hehe chef melawak saja,  ada antara makanan-makanan yang chef sebut ni memang dah lama bertapak di Penang sejak chef kecil lagi dan mengekalkan location perniagaan dia,  maksud chef di tepi lorong, ya la nama pun hawker food kan. Banyak lagi yang chef tak sebut di sini.  Next round pulak,  yang kat atas ni apa chef teringin.

*sekarang ampa tau kenapa orang Penang gagah perkasa,  tengok kami makan apa,  kalau di KL ni yang chef boleh rekemen Nasi Dalca Stall Red Indian di Ukay Perdana,  memang sedap macam makan kenduri kat Penang.



Rupanya banyak jugak blog2 dan website pasai makanan penang nie terubat rindu chef. Dapat tengok gambar pun jadi la.
(sumber gambar)
Kosmo. Com. My
Jalan-jalan cari makan penang(fb)
Faqar blog
Saji. My
Flickr
Pinterest
Mstar
Trover
Foursquare
arsyafayyadh blog
The rakyat post



You Might Also Like

0 Comments