Shogun granit jumbo pot set

April 26, 2018

Ada satu lagi product yg tak sempat chef nak review. ..Jeng jeng memperkenalkan shogun granite pot set. Dalam set ni ada 32cm, 24 cm,  frying basket dan percuma yang kecil molek 16cm mini casseroll. Jenuh jugak memikirkan menu apa yang sesuai,  especially yg 32cm tu dalam nau pot tu

Nah korang tengok la sendiri besar tak besar,  9pot nasi pun tak penuh-penuh,  ayam 3ekor pun boleh masuk,  tp chef habaq siap2 no.. Ayam chef beli 1.5 kg,  satgi ampa pi letak ayam turkey dalam tu complain pulak kat chef awat tak muat 3 ekor. 
Menu-menu chef untuk go.. 
32cm
Nasi tomato
Ayam masak merah
Bubur lambuk
Lodeh
 24cm yang ni ada frying basket
Ayam pandan
Udang tempura
Pengat pisang
Nasi himpit
16cm
Sagu
Acar rampai 

Ha menarik tak,  siap set nasi tomato,  pemanis mulut dan macam2 lagi. 

Yang chef suka shogun granite jumbo set ni sebab capacity dia boleh masak banyak sangat sesuai untuk keluarga besar atau untuk jemputan tetamu yang ramai,  tak payah nak masak dua tiga kali dah banyak masa tu,  pot dia ringan dan cepat panas. 
Macam biasa la tak dapat nak belanja gambar,  makanan sudah selamat di dalam perut. 



You Might Also Like

0 Comments