Faber electric steam cooker, FFS Steam Queen

April 25, 2018

Semalam tengok ke chef di go...hehe penuh cabaran sungguh kali ni.. Dapat steamer 2 tingkat, otak ligat fikirkan menu apa yang best dan boleh gunakan kesemua tingkat steamer dan periuk steam sekali..
Meh kita kenali steamer yang comei ni,  bukan nak kata la orang rumah memang berkenan dengan design dia nampak exclusive sangat, haha queen sangat jangan queen control sudah.

Bawah sekali periuk steamer tu pun boleh pakai untuk memasak makanan berkuah. Chef tak try pulak menggoreng sebab dah jauh pulak dari fungsi steamer. Tanpa membuang masa mai chef memperkenalkan menu-menu chef untuk go...
First round
Nasi putih kukus
Ulam-ulaman(jantung pisang,  terung pipit, bendi, pucuk ubi)

Seafood (ketam dan udang)
Ikan siakap steam

Kuih sagu
Lompang

Dim sum
Pau

Second round

Lepat pisang

Nasi ayam ( ayam,  nasi dan sup dibawah)

Cupcake coklat (special tau resepi dia tak pakai telur)
Cream brulee

Steamboat (mixed veggie,  kuah tomyam dan skewed steamboat)

Third round

Ketupat palas dan nasi himpit

Laksa (mee laksa,  telur,  kuah)

Jagung dan kacang kuda

Bubur lambuk,  tofu dan pak choy

Hebat tak menu-menu dia, semua makanan ni makanan yang selalu kita hidangkan untuk keluarga.  Boleh try time bulan puasa nanti 👌.

Ada yg tanya chef,  mcm mana nak buat nasi kukus,  meh chef kongsikan cubaan pertama chef nasi kukus


  Untuk bekas kukus tg mcm chef pakai saiz 10cm, chef letak 1/2 pot beras dan 1/2 pot air,  beras dengan air kena sama byk utk beras biasa,  kalau nak mudah nasi keluar dr bekas korang letak la daun pandan bersilang sebelum letak beras dan air.

Senang baq ang nasi kukus ni, wangi ja bau daun pandan.


Sempat dua ni saja chef snap gambar, yg lain selamat dalam perut 😁😁

Yang bawah ni cubaan pertama buat lompang sebelum chef decide nak buat lompang gula melaka.
Ps: dengar kata dah jadi produk 🔥,  ramai yang beli,  selamat mencuba!!! Menu-menu chef tu sebahagian ja makanan yang boleh masak guna steamer,  rajin-rajin la google, nak dekat raya ni seronok jugak beli satu,  nak buat hadiah ibu tersayang,  guru tersayang atau untuk pengantin baru sesuai sangat ni.

Tengok sendiri la harga dia,  ada diskaun lagi 12% sempena labourday.




You Might Also Like

0 Comments