ASD Pressure Cooker

April 22, 2018

Hari ini terjebak dengan penulisan blog, sejak terlibat dgn promote barang di go.....,
Dah try pressure cooker,  ceramic set, dah keluarkan macam menu-menu pun tak pulak teringat nak share kan,  rugi-rugi.. Dah beli barang tapi tak tau nak  guna. Last2 ampa simpan barang tu bawah katil ja. Meh kita tulis review sikit, kelebihan pressure cooker yang chef dah try

No. 1 ASD pressure cooker.
Haha,  maafkan gambar diatas,  almaklum la gambar edit, suka sangat pressure cooker ni sebab capacity dia 8L, bayangkan masak nasi 9 pot tak penuh-penuh. Dah la cepat ja 12 minit dah siap,  yang best lagi ada button function sebagai guideline.


Nasi berapa minit, soup, bubur, ikan,  ayam, daging dan macam-macam lagi la, satu pressure cooker pun dah boleh masak macam-macam, kiranya multifunction la.  Korang nak buat kari atau nasi beriani nak tumis-tumis dalam ni, ha silakan sebab pressure cooker ni boleh digunakan untuk menumis dan memasak tanpa tutup cover dia.  Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan penutupnya tidak dapat dibuka selagi wap tak lepas habis. Selamatkan tak meletup aih kat muka ampa. Yang paling chef suka harga dia murah berbanding jenama-jenama lain. Ada yang sanggup sampai nak main kutu beli pressure cooker, yang ni 2 kali gaji pun dah lepas nak beli. Cer check harga dia Rm 299 sekali free gift,  berbaloi la tu.

Ini menu-menu yang chef buat hari tu utk go...

Nasi daging utara
Kurma daging
Rendang daging
Daging masak hitam
Masak lemak perut

Kari ayam
Sup ayam(1.5kg/ekor) 3 ekor 😅😅 nala punya besaq periuk dia👌

Siakap steam ala thai
Asam pedas pari

Kek marble
Bubur pulut hitam
Bubur lambuk

Chef boleh jamin masak daging boleh jadi lembuk dan empuk. Kalau bahagian yg liat-liat sikit guna function  bean/tendon lembut terus.  Bubur pulut hitam tak payah susah2-susah nak rendam,  basuh dan masukkan dengan air dan bahan-bahan lain guna function bean/tendon.
Sesuai jugak untuk buat laksa bagi orang malas,  malas nak keluarkan isi ikan dari tulang, korang masak isi ikan guna function bean/tendon tulang jadi lembut,  ha😉 blend semua sekali.

*ps: habaq siap-siap button function dia sebagai guideline ja, kalau nak buat bubuq lambuk guna function bean/tendon kalau pakai poridge beras tak hancur habis,tak sedap la kan tak macam kita makan time bulan puasa tu, uih teringat bubuq lambuk masjid bayan baru sedap betoi,  beratuq panjang pun sanggup. Satu lagi nak pesan kalau nak buat bubur kacang hijau function bean/tendon tak sesuai digunakan sebab kacang tu jadi sangat hancur jadi boleh try pakai function poridge.

Sekian wassalam,  gambar makanan tak ada sebab dah selamat masuk perut crew-crew haha.






You Might Also Like

60 Comments

  1. Masa menumis tu guna function apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kita masak apa, macam saya masak bubur lambuk kena tumis, saya terus je guna function bean/tendon

      Delete
    2. Salam..chef nk tnye nk msak ayam guna function ape

      Delete
  2. Kalau nak tumis masak sup ayam guna function APA yer?

    ReplyDelete
  3. Maaf chef NK tnyer lg.sbb bru Beli msh pening UTK mggunakanya.klau NK menumis sesuatu makanan button ape YG perlu Di tekan.cth klau noxxa periuknya Ada button stir fry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tumis, boleh mana2 function.. Contohnya kalau nak buat nasi daging, pilih function rice dia akan start heatingkan, masa tu dah boleh letak minyak once minyak panas boleh tumis, sama jugak kalau nak masak sup atau lain2, terus saja pilih function mana nak guna, bila di heating minyak panas boleh tumis

      Delete
  4. Maaf chef nk tanyer lg.apa function utk masak pulut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai rice, takpayah rendam basuh ja mcm basuh beras masak nasi

      Delete
    2. chef, air nk buh byk mana kalo masak pulut?

      Delete
    3. satu cup pulut, satu cup air, tak payah rendam masak terus

      Delete
  5. Assalammualaikum chef kalu nak masak mee atau bihun goreng guna funtion ape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba, tapi boleh cuba pakai fast rice atau rice untuk goreng

      Delete
  6. Sy baru beli periuk ni... Blh x ajar mcm mane nk bakar kek... Sbb ritu guna kek xmasak... Dh seting bake... Tekan strt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak masak boleh guna function bake lagi sekali, kadang-kadang sebab size kek besar perlu guna bake 2 kali

      Delete
  7. Chef function fast rice dn whole grain utk masak apa ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fast rice utk nasi putih, whole grain utk masak kacang-kacang contoh mcm bubur kacang

      Delete
  8. Bru beli ni..kalu nk masak spaghetti guna function mana..tq chef.

    ReplyDelete
  9. Salam chef, kalau nk kukus kek guna function apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna function special cook pilih steam, letak air dan steam rack then boleh kukus

      Delete
  10. Chef, nak tanya mcm mana nak masak rendang daging..bila buat kuah bnyk. Terpaksa guna kuali utk utk keringkan kuah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..klau dah buat rendang daging mmg akan keluarkan air jus dari daging tu..se elok2nya masa nak masukkan daging jgn tambah air terlalu byk..tp tak pa..klau kuah dah byk nk keringkan kuahnya cuma masukkan kerisik lg..kacau seketika..tambahkan rasa secukup rasa dan jgn lupa letak daun limau purut dan daun kunyit..itu sj..
      selamat mencuba..

      Delete
  11. Salam..nk tanya,kalau nk msk ubi kayu guna ape?

    ReplyDelete
  12. Assalamualikum chef..
    Saya cuba rebus daging kenapa airnya kering.. Sy pilih beef, pressure..
    Apa function yg betul patut sy guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Waalaikummussalam..
      Saya rasa mungkin air x cukup utk cover keseluruhan daging..mungkin jgk tombol release pressure tu tak di letak dgn betul..dan mungkin jgk product tu ada masalah..jika product tu ada masalah..segera claim utk warranty..

      Delete
  13. Slm chef.. Kalau nk bg daging lembut kt guna function apa ye? Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Chef nak Tanya saya masak Kari kambing pakai meat Dan keluar wap terlalu banyak Dan tiba2 pressure cooker ASD terus padam lampu Dan trs x blh on. Baru je pakai dlm 3 hari beli di goshop.

      Delete
  14. salam chef, kalau nak masak briyani kambing guna function apa ya?lg satu daging kambing perlu direbus dulu atau boleh terus dicampoq semua bahan termasuk dgn beras dan masak?

    ReplyDelete
  15. salam..
    seelok eloknya rebus dulu daging kambing tu..nak rebus tekan butang tendon..bila dah siap rebus,air rebusan tu jangan ditapis atau dibuang..gunakan sebagai stock.
    seterusnya..mula menumis bahan2 untuk nasik..guna butang rice..campurkan semua bahan..dan masukkan juga stok dan daging kambing tutup dengan penutup..dah siap..

    selamat mencuba!😊

    ReplyDelete
  16. As salam chef.. Sy nk ty klau nk lbh time macmmna cth nk 90 minit...
    Ape fungsi present, hour , minute...
    Sy dh cb buat 1.30 hour n tekan beef.. Masa berjaln Tp x ada heating..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pre-set sebelum cooking, memang takde heating lagi dalam tempoh 1jam 30minit tu, pre-set ni digunakan apabila kita nak keluar..contohnya..kalau awak masak sup daging..awak campakkan semua bahan..lepas 1jam 30minit tu baru cooker tu start masak..bila masa awak dah balik nanti dah siap masak dan masih panas.. jadi ASD pressure cooker ni akan masak sendiri selepas 1jam 30 minit bila set pre set tu..

      Delete
  17. Assalamualaikum chef, saya nk tnya..klau nk bakar daging/ayam Kita guna function ape yer..?sbb sye dh try bake xjdi,beef/mutton pun xjdi..berair mcm msak kuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pressure cooker ni function tak sesuai untuk membakar beef atau mutton, boleh guna untuk grill, letak minyak dan masukkan daging tanpa perlu ditutup
      ps*function bake yang ada pada asd pressure cooker hanya sesuai untuk bakar kek

      Delete
  18. Assalamuaikum chef, saya nak tnya.. Nak masak ayam percik, ayam rebus dulu guna function soup ambil masa 20m. Terlalu lama spai tercabut dr tulang. Boleh control sendiri x? Macam mn nak panggang ayam tu? Guna functions apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,saya cadangkan guna function steam, steam ayam tu terlebih dahulu lebih kurang 10-15 minit,buang air steam,lepas tu keluarkan ayam. Guna function bake untuk tumis rempah percik sehingga naik wangi sebelum memasukkan ayam semula.gaul rata dan dan tutup penutup

      Delete
  19. Assalam Chef, nak rebus ketupat palas guna function apa? Tahun ni raya ingat nak try guna ASD pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm kita msk nasi.. Sebab saya prnh cuba masak nasi impit yg mini tu.. Dlm 30pkt guna function rice shj. Alhamdullillah ok masak dia.. Mcm. Masak nasilh.

      Delete
  20. Chef boleh x buat satu page utk pengguna ASD pressure cooker ni & cara2 memasak guna periuk ni...sy beli last year belum guna & nk Cuba guna buat kek pisang maklumlah PKP ni x kemana, nk la Cuba guna... tp takut...😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada entry saya cara buat kek 10 september 2019, boleh refer di sana. selamat mencuba

      Delete
  21. As salam chef. Mcm mana nk msk dodol guna function apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna function steam 10-15 minit bergantung kepada berapa banyak bahan digunakan, buka penutup kacau sehingga sebati, ulang cara yang sama sehingga pekat dan dan berkilat.

      Delete
  22. As Salam chef. Nak masak rendang kerang guna function apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..tak sesuai nak gunakan pressure cooker sebab kerang cepat kecut, pressure cooker lebih sesuai utk masakan yang mengambil tempoh masa yang lama. Tapi kalau nak guna jugak boleh gunakan mana2 function, tumis macam biasa dan jangan tutup penutup

      Delete
  23. Saya ada masak rendang ayam kampung, tp berkuah jadinya. Mcm mana nak jadkan pekat ? Lepastu mmg kene keluarkan pressure dulu baru buka penutup ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan air dalam jumlah yang sedikit sebab ayam nanti akan keluarkan jus,kalau ayam tua tutup penutup utk lembutkan, kalau ayam muda isinya senang hancur saya suggest jangan tutup penutup. Masukkan kerisik akhir sekali untuk pekatkan kuah

      Delete
  24. Lagi satu, nak release pressure tu kite kene tolak bende ats tu ke ? ASD tak auto release pressure ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASD takde auto release, kena tolak tombol untuk release pressure, pressure complete release baru dapat buka cover

      Delete
  25. Assalamualaikum chef..saya ade beli pressure cooker asd br lg pkai lm sthn lbih tp cm nk rosak dh..bile saya masak nasi x jd pastu air kuor melimph kt wap tu pastu die punya function x kuor no set mse enth ape2..

    ReplyDelete
  26. salm...klau dah masak ..nak buka penutup dia,mmng kene tunggu lma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena release pressure stim dia sampai habis baru boleh buka

      Delete
  27. Assalamualaikum chef. Nak tanya, kalau nak panggang ayam guna terus function *bake* tu boleh ke ayam tu jadi mcm panggang betul. Selain Dr kena teknik Browning dlu (goreng luaran) kemudian baru poultry.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Chef,
    Nak tanya kalau pc Rice dan grain rice apa bezanya ye Chef?��

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum chef.
    Boleh ke kita nk nk buat ayam goreng ala kfc dan mcm mana pula nk buat ayam bbq. Terima kasih

    ReplyDelete
  30. Salam. Function button hour dan minutes bila digunakan kt periuk ASD tu? Nak masak fries tanpa minyak bole guna periul tu..

    ReplyDelete
  31. Chef, kalau antara tefal, philips dgn pressure cooker la gourmet, mana pilihan anda?

    ReplyDelete